PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Pada 21 Mac 2024 bersamaan 10 Ramadhan 1445 Hijrah, Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2024 Kepada Angkatan Tentera Malaysia telah diadakan di Auditorium Wisma Pertahanan.

Brig. Jen (B) Baharudin Che Din telah mewakili syarikat Desatera Sdn. Bhd telah menyampaikan sumbangan aidilfitri kepada penerima dalam majlis tersebut.



Program yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan bagi menghargai para penyumbang yang sentiasa menyokong perjuangan serta jasa warga ATM kepada Negara.

Desatera adalah salah satu daripada 93 buah syarikat, badan korporat serta individu yang telah menyumbang kepada ATM untuk tahun ini dengan jumlah diterima sebanyak RM2,524,902.79 dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan dan juadah hari raya Sumbangan ini akan dikongsi ole ketiga-tiga cabang perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Ini termasuklah mereka yang sedang bertugas di luar negara (PBB).